Ads 468x60px

Pages

Monday, August 31, 2009

KACANG PANJANG GORENG BERCILI

Bahan-bahan:
2 ikat kacang panjang
1 sudu makan sos tiram
1 biji bawang besar dipotong separuh bulat
50ml air
Minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan A (dikisar/ditumbuk bersama):
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
Sedikit udang kering


Cara membuat:
  1. Kacang panjang dipotong dan dibersihkan.
  2. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali.
  3. Tumis bahan A, hingga naik bau.
  4. Masukkan kacang panjang dan air
  5. Masukkan sos tiram
  6. Kemudian, masukkan garam (jika x suka masin, x perlu letak garam. Cukup sekadar masin sos tiram).
  7. Kacau rata, tutup api dan siap untuk dihidang.
*jangan goreng terlalu lama, nanti kacang panjang kecut, tak sedap & nampak tak menarik

0 comments: