Ads 468x60px

Pages

Monday, November 25, 2013

Resipi Ikan Patin Masak Tempoyak




Hari Sabtu 2 minggu lepas, kawan encik suami bagi Ikan Patin Sungai yang ditangkap sendiri kt sungai apa tah, kat area Dengkil kot (kalau tak silap). Dia bagi 2 ketul... Disebabkan saya x pernah lagi masak ikan patin (rasanya semua ikan air tawar pun saya x pernah masak sendiri lagi), maka 2 ketul ikan tu terbiar je dalam peti ais. lagipun masa ambil ikan tu, kami nak ke rumah sedara di Bndr Tun Razak. So, selamatlah saya dari nk kena masak hari tu...

Hari Ahad baru ni, jumpa sedara yang duk di Melaka... Mastura namanya. dia kawen dgn org Pahang... mesti la pandai masak tempoyak kan... so, tanya resipi kt dia... dia kata senang je.. bahan2 cuma tempoyak, cili api, daun kesum, air, garam, serbuk kunyit... pastu baru la tau, rupanya senang je nk masak ni...

Lepas tu, try google pulak nk cari lagi resipi 'Ikan Patin Masak Tempoyak'.. banyak versi jugak rupanya masak ni. so kesimpulan yang dapat saya buat, bahan2 wajib yang original asal dari Temerloh, Pahang ialah ikan patin, tempoyak, cili api, daun kesum, air, garam, kunyit hidup... ada gak versi tokok-tambah yang masukkan serai, bunga kantan, gula, bawang, dan seangkatan dengannya.

Dalam duk cari resipi nk masak ni, balik keja hr isnin tu, encik suami kata nk gi mancing... hairan gak... dh la hari keja... dh dia semangat sbb baru dapat pancing kan... biar je la... hasil tangkapan dia mlm tu, dpt pulak seekor lg ikan patin... anggaran seberat 4kg... fuh... dh la x penah masak ni... dia pulak tambah lg ikan tu... maka, makin brsemangat la sy nk try masak ni.

Mlm ni (selasa), berbekalkan resipi dari mastura & hasil bantuan cik google, maka menu mkn malam saya & encik suami adalah.... 'Resipi Ikan Patin Masak Tempoyak'... ops.. lupa nk bgtau... sebenarnya kami dua laki-bini x penah mkn lg menu ni... bkn takat menu ni, ikn patin pun masing2 x pernah makan... so,  kami x tau la jadi mcm resipi original org pahang ke tak... yg pastinya, sedap ikut citarasa kami... yang bestnya, kebetulan mlm encik suami gi mancing tu, dia beli buah durian. masa nk masak ni, saya ambil 2 ulas buah durian, ambil isinya, ramas2... masukkan sekali dengan kuah.

Bahan2:
1 ekor Ikan Patin (dipotong secara ketulan)
7 cili padi
1 inci kunyit hidup
4 sudu besar tempoyak
Sedikit daun kesum
2 asam keping
Garam
2 cawan air
Asam jawa/limau kasturi
2 ulas isi buah durian (ni saya tambah sendiri)

 Cara-cara membuatnya:
  1. Rendam ikan patin dengan asam jawa/limau kasturi. Biarkan selama sejam. Cuci bersih sehingga hilang bau hanyir & lendir pd ikan.
  2. Tumbuk cili padi dan kunyit.  
  3. Masukkan air, tempoyak (+ isi durian asli) dan masak bersama cili padi dan kunyit yg tlh ditumbuk. 
  4. Masak sehingga kuah mendidih  dan pekat, baru masukkan ikan.
  5. Masukkan daun kesum dan garam.
  6. Rasakan kuahnya. Jika kurang masam, baru dimasukkan asam keping. Siap...
 

Monday, October 28, 2013

Resipi Rendang Daging (Utara)

Rendang Daging Utara

Al-kisahnya suatu hari sebelum hari raya Aidiladha baru2 ni, mak mertua saya dan ank bongsu kesayangannya (suami sy la tu) berpakat utk buat special request suruh sy masak rendang daging... seumur hidup yg dh masuk 30-an ni, x pernah sy masak rendang. biasanya kan org yg lebih 'makan garam' (dlm erti kata lain org yg lebih tua dr kita) yg masak rendang utk raya... kita yg 'muda' (muda la sangat kan) hanya tahu makan je... sediakan bahan2 tu pernah la jugak.. takat tolong kupas bawang, potong, blender bahan2 je la... x pernah tengok pun mcm mn rendang dibuat. x pernah amik kisah pun sebelum ni... tiba2 masa hari kejadian, ada pulak yg mintak sy masakkan rendang... utk santapan hari raya pulak tu (nasib baik raya haji... sehari sblum raya nk masak, sbb x posa, bleh la rasa... klau raya puasa, jenuh gak la nk rasa asam garam nya).

mak mertua suruh buat mcm resipi yg mak saya biasa buat... maka, pd pagi hari kejadian, sy pun call la mak utk mintak resipi... mak kata senang ja... bg dia senang la kan... dh berapa thn duk masak resipi yg sama ja... sy ni 1st time nk masak rendang ni... tanpa bantuan dr 'masterchef' pulak tu... lain la klau masak sama2 dgn mak, boleh jugak la nk belajar... mcm2 perasaan yg melanda masa tu... risau, takut x menjadi seperti yg diingini... rasa excited pun ada gak... nk tau mcm mn la rasa air tangan sy sendiri masak utk menu raya... lps dh dpt resipi dari mak, sy pun rasa sikit konfiden la... mak pulak asyik bg kata2 semangat "mesti boleh buat punya, bukan susah pun"... so, pagi2 encik suami p pasar cari daging & bahan2 utk buat rendang... yg bestnya, x byk bahan yg kena beli sbb kt rmh mak mertua, mcm2 tanaman ada... serai, lengkuas, cili api (cabai melaka), kelapa (nyioq) -utk santan, daun kunyit... semuanya fresh dari kebun, kutip dari keliling rmh ja...

mak sy pesan, bahan2 dia mmg kena bagi banyak... baru la timbul rasa sedap rendang nnt... resipi yg sy nk share ni adalah utk sekilo daging... klau nak buat lebih, bahan2 pun kena lebih la...

utk masak rendang ni, mmg amik masa yg lama... nk sediakan bhn2 yg banyak tu dh satu hal... nk masak ats api ja, amik masa 2jam... sbb dari bahan2 tu cair, nk kena masak bg pekat & pecah minyak... lps tu buh santan, cair balik... masak lg smpai pekat semula & naik minyak lg skali... lps 2jam masak... syukur Alhamdulillah... rasanya sungguh enak sekali! mak mertua puasa ms tu... so, dia mkn ms buka puasa la... semua puas hati... encik suami & mak mertua asyik puji je... siap la lps ni... tiap2 kali nk raya, mak mertua akan ikat kontrak la utk saya masak rendang.... ;)

ok, ni resipi utk buat rendang daging yg sedap dicicah oleh ketupat palas... (ketupat palas je sy x reti nk buat pulutnya & balut... dh pernah try nk balut byk kali, tp x pernah jadi sbb tangan x berseni kot)

Bahan-bahan:
1 kg daging lembu (dipotong kecil, cuci bersih, toskan)
Santan pekat (1biji kelapa yg diparut)
Asam keping (lebih kurang 10keping)
Daun kunyit (4 helai je) - dipotong halus seperti daun pandan-bunga rampai
Gula (secukup rasa, kalau x silap sy buh 4 sudu besar)
Garam halus (secukup rasa, sy buh 2 cubit)

Bahan-bahan untuk dikisar:
Cili kering
Serai (10-15batang)
Lengkuas (bila dh potong kecil, boleh dpt dlm segenggam tangan)
Halia muda (2-3 ketul)
Bawang merah (10-15 ulas)
Bawang putih (7-8 ulas)
Cili api a.k.a cabai melaka (klau nak pedas, kena buh lebih. kalau x silap, hampir segenggam jugak la)
Air (utk mudahkan blend)

*disebabkan bahan2 ni banyak, saya blend asing:
  1. Cili kering
  2. Bawang merah, bawang putih
  3. Halia, lengkuas, serai, cili api
Bahan-bahan untuk ditumis :
Bawang merah (7 ulas) - dipotong halus
Bawang putih (7 ulas) - dipotong halus
Halia (1 ketul) - dipotong halus
Kulit kayu manis
Minyak masak


Cara-cara membuatnya:

  1. Masukkan bahan2 yang telah dikisar sekali dengan daging dan gaul supaya sebati (orang kedah kata 'hawas'). Biarkan seketika.
  2. Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan untuk ditumis sehingga kekuningan.
  3. Masukkan daging yang telah dihawas dengan bahan yang dikisar.
  4. Masak sehingga kering dan pecah minyak (lebih kurang sejam). Kacau sekali-sekala supaya tidak hangit.
  5. Setelah pecah minyak, masukkan santan dan asam keping.
  6. Sekali lagi masak sehingga kering dan pecah minyak (jugak lebih kurang sejam). Kacau sekali-sekala supaya tidak hangit.
  7. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Taburkan daun kunyit dan kacau biar rata.
  8. Bila dah pecah minyak, maka siaplah rendang daging yang sedap ni... so, lebih kurang perlukan 2 jam atas api utk masak resipi ni...

Friday, April 19, 2013

TOMYAM SEAFOOD

Tomyam... mudah dan sedap!!!
Saya buat tomyam ni pakai perencah siam punya. sebelum ni dah pernah try byk brand... tp tak berapa sedap. try yg siam ni mmg terbaiiiikkkk... sangat mudah & yang paling penting, sedapppp...


Perencah tomyam siam yang saya pakai ni, beli kt Padang Besar, Perlis. time balik kampung, cuti lama sikit, sempat la p memborong kt sana... kalau kt pasaraya kt area Putrajaya ni, sy x pernah lg nmpak dijual jenama tu. ada 4 saiz botol perencah ni... 900g, 454g, 227g, 114g...


Dlm resipi ni, saya masukkan susu cair. sebelum ni mmg pakai susu cair... tp guna utk buat tomyam ni pakai sikit je (3 sudu besar)... lps tu simpan dlm peti ais, boleh tahan seminggu je... kalau lama, susu cair tu jd masam. dh byk tin dh buang mcm tu je. baru ni, mak bagitau boleh je tukar susu cair ganti dgn susu pekat... tp kalau susu pekat manis, kena kurangkan 'dos' sbb manis sangat kan... letak 1 sudu besar je... kalau tak letak langsung susu pun tak pe... still sedap jugak. tujuan letak susu utk bg ada rasa lemak sikit2, lg sedap... baru betul2 jadi mcm kedai makan yg tukang masak siam punya...


Bahan2:
Udang
Sotong
1 paket jagung manis
1 batang lobak merah
Kobis bunga
Cendawan tiram atau butang
2 batang serai - diketuk
7 biji cili api - diketuk
Sedikit lengkuas - dipotong halus
1 ulas Bawang besar
2 biji tomato
Daun limau purut
1 biji limau nipis-ambil perahan jus
3 sudu besar susu cair (atau 1 sudu besar susu pekat manis)
2 sudu besar perencah tomyam (siam punya - beli kt padang besar)
500 liter air kosong


Cara2:
  1. Rebus air kosong
  2. Masukkan serai dan lengkuas
  3. Masukkan sayur yang keras dahulu (lobak merah+jagung manis+kobis bunga). Biarkan sehingga mendidih
  4. Masukkan udang+sotong
  5. Masukkan bawang besar+cili api+tomato+cendawan+daun limau purut
  6. Masukkan perencah tomyam
  7. Masukkan susu cair (atau susu pekat manis) + perahan jus limau. Kacau biar rata... Siap!
  8. Boleh dimakan saja atau dengan nasi atau bihun/mi/kueyteow yang dicelur

Sunday, March 10, 2013

Resipi Kek Batik MILO


Ada sorang kawan kt ofis pandai buat kek batik ni. Tuty Sarini namanya... kalau ada jamuan makan-makan kt ofis, dia slalu buat kek batik. Sekarang ni Tuty dh pindah ofis... so, dh x de orang nk buat kek batik.

Saya pun google la cari resipi sebab rasa teringin nak makan dan ada lebihan biskut merie kt rumah, tapi tak banyak pun. Bila dh dpt resipi, saya tanya lagi kt Tuty. Then, rasa mcm senang je nk buat... petang tu jugak pergi kedai cari bahan2 lain. Malamnya, saya pun cuba la buat... yang kelakarnya, biskut sikit... bahan2 saya buat utk sukatan 1paket biskut... so, coklat (milo+butter+susu) melimpah ruah la... tp rasa tetap sedap... cuma rupa la hodoh sikit & tekstur jd lembik sebab biskut tak melekat sesama sendiri... so, kira misi percubaan pertama tak berapa nk berjaya. ada bawak gi ofis the next day, bagi kwn2 rasa... diorang puji kata sedap sbb rasa coklat banyak... walaupun rupa x cantik...

Esoknya, saya beli biskut merie lagi... alter balik kek yang hodoh tu... panaskan semula lebihan coklat pada kek tu, lps tu campur biskut merie lagi... ha, kali ni baru menjadi...

Resipi ni adalah mengikut adunan yang betul... jangan nak pandai-pandai ubah ikut suka hati, macam yg saya buat tu (biskut kurang)... kalau ikut adunan yang betul, rasanya sangatlah MARVELOUS!!!

Gambar kat bawah ni diambil setelah kek batik diubahsuai dengan tambah biskut... kek yang tak jadi tu, x ambil gambarnya sebab segan nak tunjuk kt orang... :)


kek batik yang telah diubahsuai

Bahan2:
1 paket milo kecil (200gram)
1 buku buttercup (250 gram)
1 tin susu pekat (kalau x mau manis, kurangkan ½ tin sahaja)
1 paket biskut marie
Sedikit air panas


Cara2:
  1. Masukkan milo dalam 1 bekas. Tuang air panas (sedikit sahaja) dan kacau supaya milo tidak berketul.
  2. Patahkan biskut marie kepada empat bahagian.
  3. Panaskan kuali, masukkan buttercup. Masak sehingga cair.
  4. Masukkan MILO yang telah digaul dengan air.
  5. Masukkan susu pekat.
  6. Masak sehingga mendidih. Kacau selalu agar kuah tidak melekat dan berketul.
  7. Apabila sudah mendidih, masukkan biskut marie dan gaulkan dengan kuah coklat hingga semua biskut telah terpalut dengan kuah (jangan terlalu lama sbb nnt biskut lembik).
  8. Masukkan dalam bekas dan tekap/tekan supaya menjadi rata dan melekat antara satu sama lain.
  9. Biarkan seketika, then simpan dalam peti sejuk untuk dikeraskan/dibekukan (lebih kurang 4 jam).
  10. Bila dh keras, potong dan siap untuk dimakan.... :)

Tuesday, February 19, 2013

Resipi Ikan Pari Bakar dan Air Asam


Saya  & hubby antara penggemar ikan bakar... nak pulak ikan pari... perggghhh... mmg menambah selera makan la... kadang2 weekend je kitorang slalu gi mkn tghari kt kedai D'L*m*u N*p*s kt Bndr Baru Bangi. Ikan bakar dia boleh la dikatakan sedap... tp agak mahal la... sekeping ikan pari bakar je hrga RM13... Kalau slalu nk mkn ctu, kopak gak la...

Nk dijadikan rezeki kami, pada cuti Maulidur Rasul yg lps,kami sekeluarga amik kesempatan utk cuti panjang sekali dgn cuti Thaipusam & Hari Wilayah... Apply cuti 4 hari je, dpt 11 hari... so, balik kg ke utara & p jln ke langkawi (3hari, 2mlm)... bawak mak, ayah bercuti... dh smpai sana, mmg rambang mata la tngok brg nk shopping... kami p time weekdays... x la ramai org... yg sgt mnjadi idaman hati saya ialah visions & grill pan (pemanggang ajaib)... mmg duk tringin nk beli lama dh.. tp agak mahal nk beli... alang2 dh smpai langkawi, kami pun beli dgn suka hati la...

Dah ada grill pan tu, bersemangat la nk try bakar ikan... 1st trial kami bakar ikan siakap + sotong... yg ni pakai pes segera ja... yg siap dlm botol tu... hubby beli kt pekan penaga... rasanya boleh la tahan... air asam pun pakai yg segera dlm botol nye... beli kt pasar tani... tp brg2 awet ni x le sesedap kalau kita buat sendiri kan... fresh & memenuhi citarasa kita... so, the next week kami p pasar tani putrajaya (setiap hari selasa & jumaat).. kami p yg hr jumaat... hubby beli ikan pari.. dia kata suruh buat bakar (keesokan harinya, sabtu)... ms nk beli tu, tnggal 5 keping je (dh siap dipotong). org yg jual tu suh amik semua dgn harga RM10.00... mula hubby nk amik 2 keping je (bajet sorang sekeping je la kannnn...) tp dh org tu bg diskaun, so, kami pun amik la semua yg tinggal tu...

Saya kata kt hubby nk try buat pes sendiri... x mau pakai yg segera. so, call mak pagi tu utk tnya resipi. mak pun bgtau... mak kata ada 2 cara... salah satunya yg sy nk share kt bwh ni.. cuma bezanya mak x buh serai... saya buh 1btg serai sbb ada lebihan rebus ketam sebelum tu... tp rasa buh serai lg tmbah sedap kot... hehehee... satu cara lg mak kata kena blend serai, jintan manis, garam, gula. lps tu buh santan... yg ni saya x try lg sbb santan x de kt rmh masa tu...

Lps dh siap lumur ikan dgn pes ni, saya masukkan dlm peti ais, biar dlm 3jam++... ms tu dh pkl 1.30, hubby kata kita mkn lewat ptg la sbb pg dh mkn nasi lemak... tghari tu hubby ratah seekor ketam... dh kenyang la tu... saya pun buat la keja2 lain apa yg patut, lps tu tido kejap, sementara nk tnggu asar... lps asar baru start keja2 membakar & masak nasi + lauk lain...

Mula bakar 3 keping dulu, sbb x muat pan... smentara nk tnggu the next 2 keping lg dibakar, kami suami-isteri duk meratah ikan yg dh siap dibakar tu smpai licin... hehehe... tnggal 2 keping tu je utk dimakan dgn nasi... tanya hubby, mana lg sedap dgn kedai D'L*m*u N*p*s & pes segera yg bakar siakap mnggu sblum tu... hubby kata yg ikan pari ni lg sedap... lps ni kalau nk mkn ikan bakar x yah gi kedai dh... buat sendiri je... sedap & jimat kos... korang cuba la resipi ni... kalau ikut betul, mesti x mengecewakan... :)

Perencah/pes ikan pari
Bahan:
5 keping ikan pari - dipotong sebesar tapak tangan
3 sudu besar Cili kering yang telah dikisar
7 ulas Bawang merah
1 batang serai
Sedikit belacan
Asam Jawa - buang biji
Gula
Garam

Cara-cara:
  1. Ikan pari dicuci bersih. Untuk hilangkan bau hanyir ikan, lumurkan dengan asam jawa. Toskan.
  2. Kisar bawang merah, serai, belacan, asam jawa, gula dan garam.
  3. Campurkan bahan2 yang dikisar tersebut bersama cili kering (yg tlh siap dikisar).
  4. Gaulkan kesemua bahan dan lumurkan pada ikan pari.
  5. Perap ikan pari yang telah dilumur dengan pes (saya perap selama 3jam++). Untuk kekalkan kesegaran ikan, simpan dalam peti sejuk.
  6. Bakar ikan pari.... siap... (enak dicicah bersama air asam jawa)! 
**Untuk elakkan ikan melekat pada pan, boleh letakkan sedikit mentega/majerin/minyak

-ni rupa ikan pari yg siap diperap-
-ikan pari sedang dibakar menggunakan pemanggang ajaib-


Air Asam
Bahan:
7 biji cili padi - dipotong halus
1 biji tomato - dipotong halus
1 labu bawang besar - dipotong halus
10 biji cili padi
1 biji cili merah
Sedikit belacan (saya bakar dulu belacan ni)
Asam Jawa
Air
Gula
Garam

Cara-cara:
  1. Masukkan cili padi, tomato dan bawang besar yang telah dipotong halus ke dalam mangkuk.
  2. Tumbuk cili padi, cili merah dan belacan.
  3. Perah asam jawa bersama sedikit air, buang biji asam.
  4. Campurkan kesemua bahan pada no 1-3.
  5. Gaul bagi rata, masukkan gula & garam sesedap rasa... Siap!