Ads 468x60px

Pages

Monday, July 14, 2014

Cookies @ Biskut Ala Famous Amos

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni dan Raya yang akan menjelma lagi setengah bulan lagi, saya pun nak try gunakan oven & mixer yang baru dibeli. Sebenarnya dh beli beberapa bulan lepas, sempena nak pindah rumah baru. dah lama teringin nak beli oven... tapi disebabkan sebelum ni duk rmh kuarters, mcm tak de ruang nk letak oven dgn comelnya, terpendam la hasrat tu... Ni dh pindah masuk rmh sendiri, dh buat kabinet yang mmg khas utk letak oven, baru la boleh mem'baking' dengan sesuka hati... :)

Ok, bagi percubaan pertama nk gunakan oven, saya pun try la Google cari resipi yang mudah untuk mem'baking'... teringin nk buat biskut yg mcm Famous Amos... sbb mmg suka makan yang jenis cookies tu... Google punya google, banyak juga dapat resipi utk buat ni... Sampai la dah rasa confident, dapat la resipi ni dari blog Azie Kitchen ... Ada kawan bgtau blog tu memang boleh dipercayai sbb resipi2 dia semua betul... maklum la, kadang2 org buh resipi yang tak brp betul sbb dia nk buat bisness (bukan saya ek... saya mmg nak sangat share dgn orang apa resipi yang saya dah cuba)... klau dia bagi yg betul, semua pakat buat sendiri, tak de dah org order kt dia kan...

So, tiba la masanya utk sy test power oven baru ni... Resipi ni dibuat mengikut seperti mana yang asal... Cumanya akak tu pakai "walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)"... Saya adjust sendiri pakai hazelnut+almond nut yang dibakar & diblend (kering) halus... (Sebab nya anak saya tak suka makan kacang yg keras... tu pasal blend bagi halus terus).

Ha... satu lagi yg saya adjust... timing masa bakar cookies tu. Blog akak tu mention bakar pada suhu 160c selama 15-20 minit. Masa 1st batch bakar tu, saya ikut arahan dia... bakar 20minit... tp hasilnya tak berapa rangup... mungkin sebab lain oven, lain caranya... so, utk 2nd batch & seterusnya, saya bakar 25minit pada suhu yang sama (160c)... Baru la sesedap rasa.. Dalam resipi ni mana yang dalam square bracket [ ] tu, saya edit sendiri untuk rujukan sendiri di masa depan :)

Bahan A
  • 1/4 cawan gula kaster 
  • 1/2 cawan gula perang 
  • 1/2 cawan mentega (~+75 gm)  - suhu bilik [saya pakai buttercup] 
  • 1/2 cawan minyak jagung  [saya pakai cap mazola] 
  • 1 biji telur gred B [tak tahu la gred apa telur yg saya pakai, asal ada je] 
  • 1/4 sk garam 
  • 1/2 sb susu segar @ susu tepung [saya pakai Fresh Milk Dutch Lady] 
  • 1/2 sk vanilla extract

Bahan B - diayak bersama
  • 2 cawan tepung gandum 
  • 1 sb serbuk koko 
  • 1 sb tepung jagung 
  • 1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon) [saya pakai cream of tartar, beli kt kedai jual bahan bakery] 
  • 1/2 sk soda bikarbonat

Bahan C
  • 1/2 cawan hazelnut+almond nut yang dibakar & diblend halus [ni saya adjust sesuka hati] 
  • 1 cawan semi sweet chocolate chips

Cara-cara:
  1. Satukan kesemua Bahan A ke dalam mangkuk mixer. Blend sehingga sebati.
  2. Masukkan Bahan B sedikit demi sedikit ke dalam adunan Bahan A tadi. Kacau dengan menggunakan spatula [saya pakai senduk nasi je]. Lepas tu, masukkan Bahan C. Biarkan seketika, simpan dalam peti sejuk (*).
  3. Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun. 
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 25 minit [ni ikut oven saya laaa] - (Bergantung pada jenis oven). 
  5. Angkat dan sejukkan di atas jaring/loyang. 
  6. Dah sejuk, simpan dalam balang/bekas kedap udara... sementara nak tunggu Raya, tak la masuk angin (ntah sempat simpan sampai Raya ke tak... hehehehe). 
Tips(*):
Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dalam fridge 30 minit [saya letak dalam Tupperware bertutup selama sejam lebih sebab masa buat adunan tu, dh nk buka puasa. so, tunggu lps berbuka baru sambung keja membakar]. Selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya adunan tidak cair.

~Gambar tak sempat nk buh lagi sebab complicated sikit nk upload gambar dari Ipad. Ada masa nanti saya upload~